fbpx
Motosikal jenis Honda RS 150R yang ditemui semula selepas dilarikan oleh suspek selama dua hari di Jalan Sunyi, Machang.

Polis cekup suspek curi motosikal lelaki sedang beli nasi bungkus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MACHANG – Seorang lelaki ditahan selepas disyaki melarikan sebuah motosikal milik seorang individu yang sedang membeli nasi bungkus di sebuah warung di sini pada Sabtu lalu.

Suspek yang berusia 36 tahun dicekup kira-kira pukul 3.05 petang pada Isnin lalu selepas dua hari diburu oleh pihak polis.

Pemangku Ketua Polis Daerah Machang, Deputi Superintendan Mohd.Zahir berkata, lelaki terbabit ditahan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Machang di Kampung Jenereh Bongkok, Pulai Chondong di sini.

Menurutnya, suspek mengaku mencuri sebuah motosikal jenis Honda RS 150R milik seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an yang sedang membeli nasi bungkus.

“Pemeriksaan ke atas motosikal itu mendapati nombor enjin motosikal sama seperti yang dilaporkan hilang sebelum ini.

“Semakan mendapati, suspek mempunyai satu rekod lampau berkait kes dadah. Polis masih menjalankan siasatan lanjut sama ada suspek terlibat dengan kejadian lain melibatkan kehilangan motosikal di daerah ini atau tidak,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut Mohd. Zahir, kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan bermotor. – KOSMO! ONLINE

POPULAR