fbpx

Pembentangan RUU Sumbangan Politik Oktober depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Junaidi.

PUTRAJAYA – Rang Undang-Undang (RUU) Sumbangan Politik dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen yang diadakan Oktober depan, selepas beberapa aspek perundangan dan dasar diteliti secara mendalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, satu Memorandum Jemaah Menteri dijangka akan dibentangkan di Mesyuarat Jemaah Menteri pada September ini bagi membolehkan RUU dibentang di Parlimen.

Katanya, beliau bersama Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC), Jabatan Peguam Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Bahagian Hal Ehwal Undang-undang, JPM (BHEUU, JPM) telah melakukan mesyuarat berkaitan RUU tersebut.

“Antara perkara dasar penting yang telah dibincangkan adalah berhubung dengan penubuhan entiti pengawalseliaan sumbangan politik, penyumbang yang dibenarkan, dan penetapan penalti ke atas kesalahan di bawah undang-undang ini.

“Saya juga telah mengarahkan pihak GIACC memperhalusi perkara-perkara dasar ini dan pihak BHEUU serta AGC menyediakan draf pentadbiran dengan mengambil kira pandangan serta contoh contoh yang diberikan pihak CSO dan NGO,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Wan Junaidi berkata, selain itu, analisa perbandingan pemakaian undang-undang itu dari negara-negara lain perlu dilaksanakan bagi tujuan penanda aras.

Malah katanya, beliau juga menyarankan agar undang-undang itu diselaraskan dengan undang-undang sedia ada di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

“Draf RUU disediakan secepat mungkin bagi membolehkan sesi libat urus diadakan dengan semua pemegang taruh mengikut garis masa yang akan disediakan oleh GIACC.

“Bagi menunjukkan ketelusan dan akauntabiliti dalam tadbir urus politik, adalah wajar undang-undang ini dilaksanakan dengan segera,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI