fbpx

Liga Premier : Kelantan FC menang tipis 2-1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penyerang Kelantan FC, Nurshamil Abd. Ghani (kanan) pada aksi Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Kelantan FC menebus kekecewaan apabila tewas kepada Perak FC pada Rabu lalu selepas mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Polis Diraja Malaysia FC (PDRM FC) pada aksi Liga Premier di Stadium Sultan Muhammad IV di sini sebentar tadi.

Perlawanan bermula sengit apabila Kelantan FC melancarkan serangan awal ke kubu lawan dengan beberapa kali membuat percubaan ke arah gawang PDRM FC untuk mencari gol pembukaan.

Skuad The Red Warriors (TRW) bagaimanapun dikejutkan dengan gol pembukaan PDRM FC pada minit ke-30 apabila penjaga gawang Kelantan FC, Nik Mohd. Amin Ahmad gagal menyelamatkan sepakan percuma daripada Durrkeswaran Ganasan.

PDRM FC dilihat mula selesa memimpin perlawanan malah turut mencipta peluang pada minit-minit terakhir perlawanan sebelum keputusan 0-1 kekal sehingga tamat babak pertama.

TRW cuba mencetus kebangkitan pada separuh masa kedua untuk mencari gol penyamaan dan peluang keemasan itu tiba selepas skuad tuan rumah dihadiahkan sepakan penalti seleoas Mohamad Fazrul Amir Md. Zaman dijatuhkan dalam kotak penalti pasukan pelawat.

Nurshamil Abd. Ghani menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-68 untuk menyamakan kedudukan meskipuh terpaksa mengambil sepakan kali kedua selepas sepakan pertama dibatalkan oleh pengadil, Abdul Halim Mohd Ramlan.

Mohamad Ikhwan Yazek menggembirakan kira-kira 4,128 penyokong TRW melalui rembatan lencong dari jarak 25 meter yang menewaskan penjaga gol PDRM FC, Muhammad Firdaus Irman Mohd. Fadhil pada minit ke-77 untuk gol kedua Kelantan FC.

Ketinggalan di belakang, pasukan kendalian Wan Rohaimi Wan Ismail terus menggempur kubu tuan rumah, namun Kelantan FC terus kental bertahan untuk memuktamadkan kemenangan 2-1 di halaman sendiri.

Keputusan itu menyaksikan TRW kekal menerajui takhta Liga Premier manakala berada pada tangga kelima liga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI