fbpx
Poster kehilangan Hadi.

Kesan Hadi hilang sejak 7 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Seorang lelaki yang menghidapi penyakit skizofrenia dikenali Hadi dilaporkan hilang sejak tujuh bulan lalu selepas tidak pulang ke rumahnya di Ukiran Alam Impian, Seksyen 35 di sini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, laporan kehilangan lelaki berusia 40 tahun diterima di Balai Polis Sri Muda yang dibuat abang mangsa pada 28 Januari lalu.

“Siasatan awal mendapati abang mangsa membuat laporan polis selepas adiknya itu tidak pulang ke rumah selepas dua hari keluar dari rumah.

“Lelaki tersebut masih bujang telah keluar rumah dengan membawa pakaian dan disahkan menghidapi penyakit skizofrenia dan menerima rawatan di Hospital Besar Kuala Terengganu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau meminta orang awam yang mempunyai maklumat supaya menyalurkannya kepada
Pegawai Penyiasat kes, Sarjan Muhammad Noor Musa di talian 011-1780 5996.

Sementara itu, kehilangannya tular di media sosial dengan kali terakhir dilihat pada 26 Januari lalu di Sungai Kandis dan memakai baju-T serta beg galas merah. – KOSMO! ONLINE

POPULAR