fbpx

Kedai makan B40 jual teh, kopi, roti canai RM1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEDAI makan B40 di Kampung Senama, Rembau menjadi tumpuan pelanggan selepas tular di media sosial.

REMBAU – Seorang pewaris perniagaan kedai makan B40 di Kampung Senama di sini terkejut apabila kedai mereka tular di media sosial sejak awal minggu ini, sekali gus memberi rezeki kepada keluarga.

Mohammad Amirul Syafiq Abdullah, 26, berkata, kedai yang terletak di tepi jalan Seremban-Tampin itu diusahakan oleh arwah bapa tirinya, Muhamad Ali Rostani sejak lebih enam tahun yang lalu dan kini semakin dikenali orang ramai.

Dia yang merupakan lulusan Politeknik Port Dickson dalam bidang seni bina berkata, kedai itu kini diusahakan bersama dua beradik lelakinya selepas kematian ayah tiri dua tahun lalu.

“Kalau sebut B40, memang kita tahu golongan berpendapatan rendah, jadi arwah ayah mahu teruskan konsep ini dengan tawarkan harga makanan mampu milik yang boleh dinikmati semua pelanggan daripada pelbagai lapisan masyarakat.

“Kami juga masih mengekalkan harga lama iaitu RM1 untuk roti canai, air kopi, teh bermula pukul 6 pagi. Bagi sesi makan tengah hari pula, pengunjung boleh menikmati harga RM6 bagi sebekas siput sidut berbanding RM8 pada kebiasaannya,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Ujar Mohammad Amirul, keluarganya juga sering mengamalkan konsep bersedekah kepada pelanggan apabila baki kiraan sekitar 30 sen atau, 40 sen tidak perlu dibayar.

“Alhamdulilah, walaupun keuntungan tidak sebanyak mana, namun saya gembira apabila hasil pendapatan sehari mampu membayar kos operasi kedai, gaji enam pekerja selain untuk menambah menu makanan,” katanya.

Menurutnya, dia kini berhasrat untuk membuka cawangan kedai makan B40 yang lain memandangkan sambutan yang di­terima ketika ini sangat mengga­lakkan termasuk dari penduduk luar Rembau. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI