fbpx

Dua pasangan kekasih ditangkap khalwat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelajar IPTS dan teman lelakinya yang ditangkap khalwat disoal siasat pegawai penguat kuasa JHEAT di sebuah bilik hotel di Kuala Terengganu malam tadi.

KUALA TERENGGANU – Seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) antara empat individu ditangkap khalwat dalam satu operasi dilaksanakan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) malam tadi.

Seramai 13 pegawai penguat kuasa syariah JHEAT terlibat dalam operasi tersebut.

Ketua Penolong Pesuruhjaya Bahagian Penguatkuasaan Syariah JHEAT, Md. Adnan Abdullah berkata, pelajar perempuan berusia 19 tahun itu telah ditahan bersama kekasihnya yang berusia 19 tahun.

“Pasangan kekasih itu memberi alasan hanya mahu berehat sebentar di bilik hotel berkenaan kerana lelaki tersebut terlalu penat setelah pulang bekerja.

“Mereka juga mendakwa tidak ada melakukan apa-apa perbuatan tidak senonoh,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Md. Adnan berkata, sepasang lagi kekasih berusia 26 dan 28 tahun yang berasal dari Kelantan turut memberikan alasan hanya mahu berehat di hotel kerana penat memandu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI