fbpx

Ainul Mardhiah sedar pada hari jadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ainul Mardhiah.

PETALING JAYA – Tanggal 13 Ogos 2022 (hari ini) merupakan hari lahir kepada kanak-kanak yang pernah diuji barah mulut, Ainul Mardhiah, 4.

Satu perkongsian oleh bapanya, Ahmad Safiuddin, 27, di Facebooknya tadi berkata hari ini 13 Ogos merupakan tarikh lahir bagi anaknya.

“13 Ogos 2018, Isnin, 3.15 petang, Ainul Mardhiah, lahir-lahir terus berjuang, ” tulisnya.

Rata-rata orang ramai turut sama mengucapkan selamat hari lahir dan berdoa agar kanak-kanak itu terus kuat berjuang atasi penyakitnya.

Berita berkaitan: Saya reda dan halalkan anak saya – Bapa Ainul Mardhiah

“Selamat hari jadi adik, semoga cepat sembuh. Adik kuat memang adik kuat, terus berjuang ya dik, ” jelas Farah Hanan.

“Selamat hari lahir Ainul Mardhiah, sesuai dengan nama seorang wanita hebat, adik Ainul juga hebat.

” Ayuh semua rakyat Malaysia sama-sama kita doakan adik Ainul kembali sihat seperti biasa, ” jelas Ku Ardiana.

Terbaharu, Ainul dikatakan boleh dijaga seperti biasa bermula hari ini kerana dia telah menggunakan oksigen biasa dan ventilator juga telah dimatikan.

“PICU baru ‘call’, katanya hari ini dah boleh jaga Ainul semula sebab Ainul dah guna oksigen biasa, ventilator dah dimatikan.

“Ubat tidur dan tahan sakit juga dah tiada, Ainul dah sedar, ” jelas bapanya sebentar tadi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI