fbpx

800 pelajar sambut pelancaran sambutan bulan kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aisah ( sembilan kiri depan) dan Mohd. Azhar (lapan kiri depan) bersama warga sekolah termasuk pelajar mengibarkan Jalur Gemilang.

KLANG – Seramai 800 pelajar dan guru Sekolah Amanah, Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung (SMK) Jawa menyambut pelancaran program sambutan bulan kebangsaan.

SMK Kampung Jawa sebelum ini tercalon bagi kategori ‘Menangani Cabaran’ bagi Anugerah Sekolah Terbaik Dunia.

Pengetuanya, Aisah Jaman berkata, pelancaran bulan kemerdekaan itu penting terutama kepada generasi baharu bagi menyemai semangat patriotik terutama selepas dua tahun tidak dapat berbuat demikian disebabkan pelbagai fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Kita bimbang sekiranya semangat patriotik ini sudah tiada berkemungkinan memberi impak negatif pada masa depan negara dan bangsa,” katanya kepada pemberita selepas Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibaran Bendera Anak Merdeka di sini.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Alumni Gerakan Belia 4B Parlimen Kota Raja, Datuk Seri Mohd.Azhar Zamri pula berharap sekolah itu berjaya memenangi gelaran sekolah terbaik dalam pertandingan diiktiraf peringkat dunia yang akan diumumkan Oktober ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI