fbpx

3,943 kes Covid-19, 5 kematian dicatatkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 semalam mula menunjukkan penurunan kepada 3,943 kes dengan satu kes import berbanding 4,831 kes kelmarin sekaligus menjadikan jumlah kumulatif jangkitan virus tersebut kini mencecah 4,690,179 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, kes aktif Covid-19 di seluruh negara merekodkan negatif 706 kes dengan jumlah kumulatif kes aktif kini sebanyak 45,375 kes.

Sejumlah 4,645 kes sembuh juga telah direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 kini seramai 4,646,723 orang.

“Selangor kekal mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 1,035 kes diikuti Kuala Lumpur (953), Sabah (354), Perak (330), Negeri Sembilan (295), Melaka (168), Pulau Pinang (156), Sarawak (129), Johor (118) dan Kedah (103).

“Turut menyumbang kepada peningkatan kes Covid-19 semalam adalah Pahang (90), Kelantan (71), Putrajaya (69), Terengganu (40), Labuan (19) dan Perlis (13),” demikian perkongsian data di laman web tersebut hari ini.

Pada masa sama, sebanyak lima kematian dilaporkan dengan satu kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) yang seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,070 dan BID 7,668.

Sebanyak 43,701 kes dikuarantin di rumah, 31 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,577 kes di hospital, 21 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 45 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI