fbpx

Uyaina Arshad, suami bakal timang anak lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pasangan selebriti Uyaina Arshad dan Raja Syahiran mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.

Berita gembira tersebut dikongsi Uyaina menerusi hantaran dalam Instagram sempena acara gender reveal (pengumuman jantina) sebentar tadi.

“Bismillah, alhamdulillah. It’s a boy (dia lelaki). Doakan keluarga kecil kami,” tulisnya ringkas.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut yang terdiri daripada peminat mengambil kesempatan mengucapkan tahniah dan mendoakan urusan bersalin dipermudahkan nanti.

“Tahniah. Tak sabar nak tunggu baby (bayi) ‘Raja’ lahir. Semoga dipermudahkan urusan kelahiran.

“Dah agak bayi lelaki. Sebab kecil dan kedepan. Tahniah Uyaina dan suami,” tulis mereka.

Terdahulu, sehari sebelum umat Islam berpuasa awal April lalu, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu berkongsi berita gembira dan mengesahkan dirinya hamil anak sulung dengan usia kendungan memasuki tiga bulan.

Tidak sampai dua minggu berkongsi berita gembira, Uyaina terpaksa menjalani pembedahan membuang apendiks selepas mengalami kesakitan teruk pada bahagian bawah perut sebelah kanan.

Selang beberapa hari selepas membuang apendiks, bekas pengacara program Wanita Hari Ini itu sekali lagi diuji apabila doktor memaklumkan dia mengalami keradangan pada dinding rahim hingga memaksa pembedahan dilakukan sekali lagi.

Untuk rekod, Uyaina dan Raja Syahiran yang juga merupakan penyanyi bernikah di Colony Star Boulevard di ibu negara pada 20 Disember lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI