fbpx

UIAM langkah kanan bolot tiga emas silat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIRSHA NURATHIQA MIRNAWAN ceria apabila meraih pingat emas selepas cemerlang dalam acara silat seni tunggal putri pada SUKIPT 2022 di Tanjung Malim semalam.

TANJUNG MALIM – Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membuka kempen Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2022 dengan bergaya apabila merangkul tiga pingat emas dalam sukan pencak silat semalam.

Tiga pingat emas tersebut melengkapkan sasaran UIAM pada hari pertama pembukaan SUKIPT sekali gus memperbaiki pencapaian pada edisi 2018 apabila hanya meraih satu pingat emas berharga dalam sukan ragbi.

Penolong Pegawai Sukan Kanan Merangkap Sekretariat Kontinjen UIAM, Shahrul Azni Zainal Abidin berharap tiga pingat emas tersebut mampu menjadi pembakar semangat kepada seluruh kontinjen UIAM.

MIRSHA NURATHIQA MIRNAWAN mempersembahkan aksi memukau pada SUKIPT 2022.

“Sebenarnya kami sangat terkejut dengan kejayaan skuad silat UIAM apabila menyumbang tiga pingat emas hari ini. Ini kerana kita tahu pasukan lain juga menghantar barisan atlet terbaik.

“Lebih menarik juga, kita turut meraih pingat perak dalam sukan karate. Ini satu peningkatan ketara UIAM apabila pada edisi lalu kita hanya meraih satu pingat emas daripada sukan ragbi yang menewaskan pasukan Universiti Putra Malaysia (UPM) pada perlawanan akhir.

“Kejayaan tersebut terus melengkapkan sasaran tiga pingat emas yang kami umum sebelum ini. Saya harap selepas ini banyak kejutan yang atlet UIAM dapat lakukan,” katanya kepada Kosmo!

MOHAMMAD AMMAR SUFI Mohammad Rosli dan Luqman Nul-Halim Che Abdullah menghadiahkan emas kedua dalam acara ganda putra.

Emas pertama UIAM hadir menerusi Mirsha Nurathiqa Mirnawan selepas cemerlang dalam acara silat seni tunggal putri sebelum Mohammad Ammar Sufi Mohammad Rosli dan Luqman Nul-Halim Che Abdullah menghadiahkan emas kedua dalam acara ganda putra

Silat regu putra yang dibarisi Muhammad Faiz Danial, Muhammad Nur Hafiz, Muhammad Amirul Haiqal turut cemerlang membutirkan kilauan pingat emas sekali gus melengkapkan sasaran tiga emas UIAM.

SILAT regu putra yang dibarisi Muhammad Faiz Danial, Muhammad Nur Hafiz, Muhammad Amirul Haiqal turut cemerlang membutirkan kilauan pingat emas.

Pada kali ini UIAM menghantar seramai 94 atlet ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, Perak untuk menyertai SUKIPT.

Lebih 6,000 atlet daripada 70 kontinjen mengesahkan penyertaan pada SUKIPT kali ini melibatkan IPT awam, swasta, politeknik dan kolej komuniti bagi me­rebut 210 pingat emas daripada 21 acara­ yang dipertandingkan sehingga 21 Ogos depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI