fbpx
Tangkap layar video tular memaparkan seorang wanita berpakaian lengkap ihram seperti jemaah lelaki di Tanah Suci Mekah.

Tindakan tegas menanti wanita berpakaian ihram lelaki di Tanah Suci

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Isu ini melibatkan hukum hakam agama justeru, tindakan tegas akan dikenakan.

Itu jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad susulan satu video tular memaparkan seorang wanita berpakaian ihram lelaki ketika menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah baru-baru ini.

Idris berkata, beliau mengambil berat perkara itu dan sudah menghubungi Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk tindakan selanjutnya.

“Saya memohon pihak KDN untuk membuat siasatan lanjut setibanya individu tersebut di Malaysia nanti.

“Saya juga telah menghubungi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk memastikan jika perkara ini benar, tindakan tegas juga akan dikenakan kepada agensi yang menguruskan individu tersebut,” katanya menerusi hantaran di Facebook, malam ini.

Sejak semalam, tular di Twitter beberapa hantaran mengenai wanita berkenaan susulan videonya berada di Tanah Suci Mekah dengan lengkap berpakaian ihram seperti jemaah umrah lelaki. – KOSMO! ONLINE.

POPULAR