fbpx

Salman Rushdie kena tikam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON -Penulis kontroversi, Salman Rushdie cedera selepas ditikam di atas pentas sejurus sebelum dia menyampaikan ucapan di Chautauqua, dekat Buffalo hari ini.

Menurut laman berita MailOnline, Rushdie sedang menghadiri sebuah forum mengenai Amerika Syarikat sebagai tempat perlindungan kepada penulis dan artis seni lain yang hidup dalam buangan dan tempat untuk kebebasan ekspresi kreatif.

Beberapa saksi berkata, dia berjaya berjalan turun dari pentas dengan bantuan, manakala penyerangnya kini ditahan.

Rushdie sebelum ini menerima ugutan bunuh kerana penulisan bukunya yang menghina kitab suci al-Quran sehingga mencetuskan protes besar-besaran pada 1988.

Pakistan mengharamkan buku tersebut manakala pemimpin Iran, Ayatollah Khomeini mengeluarkan fatwa supaya Rushdie dibunuh pada Februari 1998.

Khomeini meminta penerbit bukunya turut dibunuh.- Agensi

 

POPULAR