fbpx
DAKWA sukar dihubungi, Adi Putra memaklumkan ketidakhadirannya ke malam gala Mat Kilau di Jakarta kepada pihak Studio Kembara hanya menerusi Instagram.

Panggilan tak disambut, ‘Mat Kilau’ enggan hadir tayangan gala di Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Pelakon Datuk Adi Putra membuat kejutan apabila mengatakan tidak akan hadir pada tayangan gala filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan di Jakarta, Indonesia.

Dengan nada seakan kecewa, Adi Putra menyatakan dia kesal dengan pihak Kembara Studio Sdn. Bhd. yang dikatakan susah untuk dihubungi.

Dengan nada sinis beliau berseloroh mahu menghadiahkan telefon bimbit kepada Kembara Studio agar mudah untuknya berkomunikasi dan berurusan.

“Akan kerana ini, saya manfaatkan di media sosial agar mesej saya sampai ke pihak Kembara Studio.

“InsyaAllah saya tidak akan hadir tayangan gala filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan di Jakarta. Terima kasih,” katanya dalam satu hantaran di akaun Instagram miliknya malam ini.

Bagaimanapun menurut Adi Putra, hantaran itu bersifat sementara.

Dalam satu komen, pihak yang dipercayai wakil Kembara Studio menyatakan mereka mengambil maklum mengenai teguran tersebut dan akan memanjangkan perkara itu kepada pihak pengurusan.

Rata-rata pengikut Instagramnya pula cemas apabila melihat Mat Kilau sudah ‘marah’ dengan apa yang berlaku.

Bagaimanapun Adi Putra tidak menyatakan sebab sebenar hantaran itu dibuat. – KOSMO! ONLINE.

POPULAR