fbpx

Ops ATM berjaya peroleh RM2.4 juta nilai rampasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azman Adam

KUALA LUMPUR – Sebanyak 126 kes dengan jumlah RM2,413,569.93 nilai rampasan telah berjaya diperolehi hasil daripada Operasi ATM yang dilakukan di seluruh negara sejak 1 Julai 2022 sehingga semalam.

Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam berkata, jumlah rampasan tersebut diperolehi daripada hasil pemeriksaan di 16,562 premis seluruh negara.

“Operasi berkaitan harga ayam, telur dan minyak masak ini akan diteruskan dan saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada agensi-agensi penguat kuasa yang lain kerana terlibat sama.

“Antaranya agensi-agensi di sempadan dan juga agensi di tempat lain bagi memastikan kegiatan menyalahi undang-undang ini dapat dibanteras,” katanya ketika sidang akhbar Ops ATM di Gombak dekat sini hari ini.

Tambahnya, dalam operasi tersebut juga, sebanyak 31 peratus premis dikenal pasti telah meletakkan harga minyak masak dibawah paras yang telah ditetapkan oleh kerajaan manakala 68 peratus lagi mematuhi harga yang telah ditetapkan.

“Ini satu perkembangan yang baik, dalam tempoh sehingga semalam (11 Ogos) terdapat juga premis yang sanggup menjual harga minyak masak di bawah harga yang telah ditetapkan.

“Sehingga 11 Ogos juga, pihak kami menerima lapan aduan daripada orang ramai manakala empat premis telah didapati melakukan kesalahan iaitu dua di kelantan, satu di Sabah dan satu di Kuala Lumpur,” ujarnya.

Terdahulu, pada 8 Ogos lalu, harga maksimum runcit minyak masak kelapa sawit tulen dalam botol berat 5 kilogram (kg) telah ditetapkan pada harga RM34.70 di peringkat runcit di seluruh Negara meliputi Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan.

Turut ditentukan juga, harga maksimum runcit minyak masak kelapa sawit tulen dalam botol bagi 1 kg iaitu RM 7.70, 2 kg RM14.70 dan 3 kg RM21.70. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI