fbpx

Lelaki ditanam hidup-hidup sebagai korban kepada Ibu Bumi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALVAREZ mendakwa dirinya dijadikan korban kepada ibu bumi. – Jam Press

SUCRE, Bolivia – Seorang lelaki menceritakan detik dia memecahkan keranda selepas ditanam hidup-hidup oleh pengunjung sebuah festival di Bolivia ‘sebagai korban kepada Ibu Bumi’, lapor portal berita MailOnline semalam.

Ketika kejadian pada 5 Ogos lalu mangsa iaitu Victor Hugo Mica Alvarez tidak sedarkan diri kerana mabuk.

Alvarez, 30, kemudian mendapati dirinya berada di dalam sebuah keranda di bandar Achacachi, 80.5 kilometer (km) dari lokasi festival tempatan tersebut.

Festival Ibu Bumi menyaksikan orang ramai mengucapkan terima kasih kepada Pachamama yang merupakan dewi bumi dan kesuburan  mengikut kepercayaan penduduk Bolivia. Mereka menawarkan korban, juga dikenali sebagai ‘sallu’ kepada Bumi.

Orang asli Bolivia percaya dewi itu ‘membuka mulutnya’ untuk menelan korban pada bulan Ogos dengan orang ramai memberikan apa sahaja termasuk haiwan hidup, daun koko dan gula-gula.

Ada yang mengatakan bahawa upacara pengorbanan dan persembahan manusia yang dilakukan sejak zaman purba masih dilakukan secara rahsia.

Alvarez percaya bahawa peserta festival lain telah menguburkannya hidup-hidup sebagai korban.

“Kami menari dan minum pada festival berkenaan dan selepas itu saya tidak ingat apa yang berlaku.

“Satu-satunya perkara yang saya ingat ialah saya fikir saya masih berada di atas katil. Saya mahu bangun untuk membuang air kecil tetapi tidak dapat bergerak. 

“Apabila saya menolak keranda itu, saya dapat memecahkan kacanya dan dapat keluar,” kata Alvarez kepada saluran berita tempatan, Pagina Siete.

Apabila Alvarez melaporkan kejadian itu kepada polis, mereka enggan mempercayainya dan menduduh bahawa dia terlalu mabuk.

Persembahan kepada Pachamama berterusan sepanjang tahun dengan ramai orang asli mengambil bahagian dalam tarian dan upacara ritual. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI