fbpx

Dunia berdepan krisis bekalan vaksin cacar monyet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelajar Julian Glen dipercayai dijangkiti cacar monyet daripada anjing peliharaannya. - PA

LONDON – Sektor kesihatan Britain dilaporkan berdepan kekurangan bekalan vaksin cacar monyet apabila sekitar 5,000 dos sahaja yang masih ada,” lapor stesen penyiaran Sky News, kelmarin.

Sumber daripada kementerian kesihatan menyatakan, tempahan untuk mendapatkan suntikan vaksin tersebut telah ditutup disebabkan kekurangan bekalan.

Menurut Agensi Keselamatan Kesihatan UK (UKHSA), sehingga Isnin lepas, terdapat 2,914 kes cacar monyet yang disahkan di Britain.

Menurut laporan tersebut,  pelbagai vaksin penyakit cacar yang dianggap berkesan terhadap virus cacar monyet turut mengalami kekurangan bekalan di seluruh dunia. Keadaan itu antara lain berpunca daripada peningkatan permintaan.

Kekurangan bekalan turut berlaku kerana penghantaran vaksin cacar monyet banyak tertumpu ke negara-negara Benua Afrika. Ini  kerana penyakit cacar monyet merupakan endemik di negara-negara tersebut.

Permintaan yang semakin meningkat di tempat lain tidak dapat dipenuhi dengan segera kerana kumpulan baharu vaksin memerlukan masa untuk dihasilkan.

“Daripada 150,000 dos vaksin cacar yang dibeli  Britain daripada ‘pengilang global’, hanya satu pertiga benar-benar tiba di negara ini setakat ini,” kata Pengarah Program Klinikal di UKHSA, Dr. Mary Ramsay.

Bakinya dijangka sampai ke negara itu bulan depan.

Sementara itu, kes baharu cacar monyet  dilaporkan di Britain setiap hari.

Wabak di luar kawasan endemik yang bermula pada Mei tahun ini, telah pun dilabelkan sebagai ‘darurat kesihatan global’ oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Setakat kelmarin, sekitar 28,000 kes penyakit cacar monyet telah dilaporkan di seluruh dunia dengan 99 peratus adalah pesakit lelaki yang majoritinya mengamalkan gaya hidup gay.

Penyakit itu turut mencatatkan 11 kematian setakat ini. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI