fbpx

4,109 koperasi dorman bakal berdepan pemutihan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh (tiga kiri) ketika merasmikan KRiiS petang ini.

KUALA SELANGOR – Sebanyak 4,019 daripada 14,834 koperasi di seluruh negara bakal berdepan tindakan pemutihan selepas dikenal pasti berstatus dorman.

Berdasarkan statistik tahun lalu, kesemua koperasi itu didapati tidak menjalankan sebarang aktiviti atau mesyuarat tahunan dalam tempoh tiga tahun.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, pihaknya akan meminta semua pegawai koperasi di peringkat negeri menjalankan pemeriksaan dan siasatan menyeluruh.

Katanya, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan pemutihan mengikut Seksyen 64 Akta Koperasi 1993.

“Pegawai SKM boleh memanggil dan memeriksa koperasi yang berstatus dorman itu sebelum mengambil tindakan berkenaan.

“Kita akan melihat laporan penuh yang dikemukakan itu dan boleh mengambil alih aset koperasi tersebut selepas ditutup atau dibatalkan,” katanya selepas melancarkan Koperasi Sukarelawan Rakyat Selangor Berhad (KRiiS) di sini, petang tadi. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI