fbpx

Warga emas maut digilis lori sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa yang digilis lori dalam kejadian di sebuah tapak projek di Jalan Sierra 1, Puchong petang tadi. /FOTO IHSAN PDRM

SEPANG – Seorang pemandu lori warga emas maut digilis lorinya sendiri dalam kejadian di pintu keluar sebuah tapak projek di Jalan Sierra 1, Puchong dekat sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 5.35 petang sewaktu mangsa, Laseman Tuju, 62, sedang dalam perjalanan keluar daripada tapak projek tersebut.

“Selepas melalui pintu keluar tapak projek itu, mangsa telah berhenti dan turun daripada lori jenis Hino dipandunya untuk menutup pintu pagar namun secara tiba-tiba lori tersebut telah berundur ke belakang dan melanggarnya.

“Akibat pelanggaran tersebut, mangsa telah mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Wan Kamarul Azran, mayat mangsa telah dikejarkan ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI