fbpx

Sekitar kehangatan jendela perpindahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CODY GAKPO

CODY GAKPO

MANCHESTER United menyerai saingan dengan Arsenal, Liverpool, Bayern Munich dan Barcelona dalam usaha mendapatkan pemain sayap PSV ini. Gakpo dilaporkan menjadi pilihan untuk menguatkan lagi jentera serangan United, namun mereka perlu membayar sehingga £35 juta (RM188.48 juta).

ERIC BAILLY

PEMAIN pertahanan Manchester United ini dilaporkan sedang diintai oleh Monaco. Bailly sekadar beraksi dalam 113 perlawanan bersama United sejak berpindah pada 2016 ekoran masalah kecederaan dan hanya diturunkan dalam tujuh aksi musim lalu.

LUCAS TORREIRA

PEMAIN tengah Arsenal ini akan menyertai kelab Turki, Galatasaray dengan perpindahan secara kekal. Torreira sebelum ini dipinjamkan ke Atletico Madrid dan Fiorentina sebelum Arsenal membuat keputusan untuk melepaskan khidmatnya.

SANDRO TONALI

ARSENAL berminat untuk mendapatkan khidmat pemain tengah AC Milan ini apabila wakil kelab itu sudah bertemu beberapa pegawai kelab Serie A itu untuk melihat potensi perpindahan. Bagaimanapun, Milan dilapor tidak akan melepaskan Tonali pada harga yang lebih rendah dari £46 juta (RM247.72 juta).


JANNIK VESTERGAARD

LEICESTER City meletakkan pemain pertahanannya ini dalam senarai pemain untuk dilepaskan pada jendela perpindahan kali ini. Vestergaard diletakkan tanda harga berjumlah £12 juta (RM64.62 juta) untuk mana-mana kelab mendapatkan khidmatnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI