fbpx
Gambar hiasan.

Ribut petir, hujan lebat, angin kencang di Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Sabah meliputi kawasan Pantai Barat dan Sandakan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan di Facebook menjangkakan cuaca buruk itu akan berlarutan sehingga lewat petang hari ini.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Sementara itu, bagi negeri Semenanjung yang lain, cuaca cerah dan baik dilihat berlaku sepanjang petang ini tanpa sebarang laporan hujan. – KOSMO! ONLIN

POPULAR