fbpx

La Liga: Barcelona kembali lonjak semangat Lewandowski

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEWY mengakui bahawa dia memerlukan semangat baharu selepas meraih segala-galanya ketika bersama Bayern. – AFP

BARCELONA – Penggempur baharu Barcelona, Robert Lewandowski (Lewy) mengakui sangat lega dan gembira untuk menyertai kelab itu sekali gus menamatkan spekulasi dan kontroversi yang melanda ketika bersama Bayern Munich sebelum ini.

Dalam satu temu bual bersama sebuah akhbar dari Poland, Lewy mengakui bahawa dia memerlukan cabaran baharu dalam karier selepas memenangi segala-gala­nya di Jerman bersama Bayern Munich dan Borussia Dortmund.

“Saya tahu karier saya bersama Bayern boleh diteruskan, tetapi saya perlukan cabaran baharu. Trofi dan gelaran di Jerman sudah tentu satu yang pen­ting, namun ia seakan sudah tidak memberikan kepuasan.

“Saya akui bahawa beberapa kenyataan saya ketika di Ba­yern menyebabkan saya dalam masalah. Saya perlukan satu anjakan baharu dan sudah tentu ia adalah proses perpindahan dan mencari kelab baharu.

“Di Barcelona, segala-galanya berubah, keadaan sekitar dan rakan-rakan juga. Saya seperti anak kecil yang sedang berjalan ke sebuah kedai permainan yang besar,” jelasnya.

Lewy turut mengakui bahawa dia sudah lama bercita-cita untuk beraksi di saingan La Liga dan kali ini impiannya itu menjadi kenyataan menyebabkan dia rasa sangat gembira.

“Saya sentiasa mahu beraksi di La Liga, tinggal di Sepanyol dan menikmati apa yang terbaik ada di sini.

“12 tahun di Jerman adalah tempoh masa yang lama. Saya sudah meraih segala-galanya di Bundesliga. Saya tidak mahu nanti, saya berada di hadapan cermin kemudian menyalahkan diri sendiri kerana tidak mencuba sesuatu yang baharu,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI