fbpx

La Liga: Karim Benzema hebat tanpa Cristiano Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BENZEMA berada pada prestasi terbaik musim lalu apabila meledak 44 gol dalam semua saingan musim lalu. – AFP

HELSINKI – Penyerang sensasi Real Madrid, Karim Benzema tanpa berselindung mengakui penghijrahan Cristiano Ro­naldo membuka ruang buatnya tampil lebih cemerlang untuk membela Real Madrid di semua pertandingan.

Pencapaiannya membantu Real meraih pelbagai kejua­raan musim lalu membuktikan bahawa dia tidak lagi diba­yangi Ronaldo apabila meledak 44 gol buat kelab itu di semua pertandingan.

“Ia sesuatu yang berbeza sejak Cristiano Ronaldo me­ninggalkan Real. Memang benar saya menjaringkan banyak gol, tetapi ketika dia berada di sini, kami sebenarnya memiliki cara permainan berbeza dan tugas saya lebih kepada mencipta bantuan.

“Namun, dia juga banyak membantu saya dalam dan luar padang. Tetapi, masa itu saya merasakan yang saya mampu lakukan lebih baik.

“Jadi, apabila dia berhijrah, inilah masanya untuk saya ubah cara permainan, cita-cita dan inilah yang saya sedang lakukan sekarang,” katanya.

Sejak menyertai pasukan pada 2009, Benzema dan Ro­naldo mengharungi sembilan musim dengan pelbagai kejayaan, namun sekarang kehadi­rannya mula dirasai apabila dia mampu mempamer kebolehan sebenar.

Malah, dalam masa sama, penyerang Perancis itu merasakan usianya 35 tahun tidak pernah mengehadkan aksinya atas padang dan belum lagi terlewat untuknya terus membuktikan kualitinya dan memburu kejuaraan buat pasukan.

“Memang benar saya tidak lagi muda, tetapi ia tidak hanya umur. Tahap fizikal badan saya masih lagi berada pada tahap terbaik kerana saya sentiasa bekerja keras,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI