fbpx

AS negara ke-23 sahkan keanggotaan NATO Finland, Sweden

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Biden menandatangani dokumen pengesahan untuk meluluskan keahlian NATO Finland dan Sweden. - UPI

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menandatangani dokumen ratifikasi bagi kemasukan Finland dan Sweden ke dalam pakatan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), lapor laman berita Wion News, kelmarin.

Majlis menandatangani dokumen sokongan tersebut dibuat seminggu selepas Dewan Senat mengesahkan kemasukan dua negara Nordic itu ke dalam blok NATO.

“Ini merupakan detik penting dalam sejarah dunia.

“Saya percaya keanggotaan dua negara ini akan menjamin keselamatan serta kestabilan yang lebih besar bukan sahaja buat Eropah dan Amerika Syarikat, bahkan seluruh dunia,” kata Biden.

Beliau menerusi laman Twitter kemudian sekali lagi menyatakan sokongan rasmi kepada Finland dan Sweden selepas menurunkan tandatangan pada dokumen sokongan keanggotaan tersebut.

“Finland dan Sweden akan menjadikan NATO lebih kuat. Hari ini, saya menandatangani Instrumen Pengesahan AS, menjadikan Washington anggota sekutu ke-23 yang meluluskan keahlian mereka dalam NATO,” tulis akaun rasmi Biden.

Selepas AS, Sweden dan Finland memerlukan baki kesemua 30 pengesahan dari negara-negara anggota lain sebelum sah bergelar ahli NATO.

Sebaik sahaja perkara tersebut dipenuhi, kedua-dua negara itu akan dilindungi di bawah Perkara Lima NATO, di mana serangan ke atas salah satu sekutu dianggap sebagai serangan kepada semua ahli.

Senarai tujuh negara yang belum menandatangani ratifikasi yang diperlukan Finland dan Sweden adalah Sepanyol, Turkiye, Austria, Greece, Bulgaria, Slovakia dan Republik Czech. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI