fbpx
Hantaran Michael Ang yang berang dengan sikpa segelintir pelakon baharu.

Aku pula kena berlakon untuk kau tiru – Michael Ang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – “Jangan buang masa, kalau setakat nak glamor pergi buat benda bodoh dalam TikTok”.

Demikian antara kata-kata berbisa pengarah dan juga penerbit drama bermulut lantang, Michael Ang yang naik geram dengan sikap dan kegagalan segelintir pelakon memberikan lakonan terbaik dan menyusahkan orang lain semasa bekerja.

Ujar Michael atau nama lengkapnya Michael Ang Hai Swee, lebih memeningkan kepala apabila ada pelakon yang hanya mengejar glamor, malangnya bakat lakonan pula tidak seberapa.

“Pening! Semua nak jadi pelakon. Mari aku beritahu sikit. Nak jadi pelakon bukan untuk glamor sahaja ya. Kena ada bakat dan ilmu berlakon.

“Bukan masuk set (penggambaran) tapi satu benda pun tak tahu,” tulisnya menerusi satu hantaran dalam Instagram.

Luahnya lagi, disebabkan perkara itu, Michael terpaksa membuang masa kerana perlu mengajar cara-cara untuk berlakon ketika berada di set sehingga menyusahkan ramai pihak.

“Aku pula yang kena berlakon untuk kau tiru? Kalau begitu baik kau bayar aku, bukan aku bayar kau!

“Kalau nak glamor cepat dan tidak menyusahkan orang lain, pergi buat benda-benda bodoh dalam TikTok atau Instagram. Atau kongsi sahaja gambar sendiri yang tidak senonoh,” katanya.

Pada masa sama, pengarah yang pernah mengeluarkan single berjudul Cinta Atau Propa itu turut menegur pelakon supaya tidak menjual wajah mereka semata-mata, sedangkan bakat yang dimiliki amat menyedihkan.

“Jangan ingat muka cantik, kacak dan ada ramai pengikut boleh ‘demand’ harga tinggi. Sedangkan bakat langsung tak ada!” kata Michael.

Sebelum ini, Michael, 46, pernah meluahkan rasa kecewa dengan masalah disiplin segelintir pelakon baharu yang sering datang lewat ke set penggambaran.

Tanpa disiplin, Michael menasihatkan pendatang baharu agar melupakan hasrat mereka untuk menjadi pelakon. – KOSMO! ONLINE

POPULAR