fbpx

4,896 kes Covid-19, 18 kematian dicatatkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kes baharu Covid-19 meningkat kepada 4,896 kes semalam dengan dua kes import berbanding hanya 3,083 kes kelmarin yang sekaligus menjadikan jumlah kumulatif jangkitan virus tersebut kini mencecah 4,681,412 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 1,905 kes aktif telah dilaporkan di seluruh negara dengan jumlah kumulatif kes aktif kini merekodkan sebanyak 44,622 kes.

Sejumlah 2,979 kes sembuh juga telah direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 kini seramai 4,638,716 orang.

“Selangor kembali mencatatkan jumlah kes harian tertinggi dengan 1,842 kes diikuti Kuala Lumpur (1,046), Perak (374), Sabah (369), Negeri Sembilan (253), Pulau Pinang (169), Melaka (148), Kedah (144) dan Johor (120).

“Turut menyumbang kepada peningkatan kes Covid-19 semalam adalah Kelantan (99), Sarawak (89), Putrajaya (83), Pahang (80), Terengganu (37), Labuan (27) dan Perlis (16),” demikian perkongsian data di laman web tersebut hari ini.

Pada masa sama, sebanyak 18 kematian dilaporkan dengan enam kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) yang seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 36,056 dan BID 7,665.

Sebanyak 42,942 kes dikuarantin di rumah, 35 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,577 kes di hospital, 31 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 37 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI