fbpx
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presidan Persatuan Muay Thai Malaysia, Datuk Shaahnaz Azmi (tiga dari kiri), merasmikan IFMA World Youth Muay Thai Championship 2022, di Sunway Lagoon, di sini hari ini. Gambar: SHIDDIEQIIN ZON

Skandal LCS: Fail dibuka, laporan siasatan akan diumum SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beberapa fail telah dibuka bagi tujuan siasatan berhubung kes Kapal Tempur Pesisir (LCS).

Menurutnya, status kes tersebut akan diumumkan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) nanti dan beliau berharap agar ia dapat disegerakan.

“Beberapa fail telah dibuka dan disiapkan tetapi biar pihak SPRM yang umumkan keputusan siasatan itu nanti.

“Saya sendiri dah berjumpa dengan Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun dan juga Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki dan status hasil siasatan itu perlu disegerakan,” katanya.

Beliau berkata demikan pada sidang akhbar selepas merasmikan upacara pembukaan Kejohanan Sukan Antarabangsa IFMA Muaythai Youth World Championship di Surf Beach Sunway Lagoon di sini hari ini.

Sementara itu, jelasnya, proses bagi menyahklasifikasikan Laporan Pengauditan Forensik Projek LCS yang dijalankan pada tahun 2019 perlu mendapat nasihat Peguam Negara dan Ketua Audit Negara terlebih dahulu.

“Proses tersebut perlu mendapat nasihat Peguam Negara dan Ketua Audit Negara terlebih dahulu.

“Kalau boleh kita dedahkan kerana kerajaan telus dan tidak mahu melindungi LCS dari tatapan umum supaya rakyat tahu isu sebenar. Saya beri jaminan kerajaan tidak akan berkompromi dalam isu berkaitan wang rakyat seperti ini dan kita akan siasat siapa bertanggungjawab, kita akan ambil tindakan, tiada siapa akan terlepas daripada tindakan kalau ada penyelewengan, ” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

POPULAR