fbpx
BEH (tengah) menunjukkan senjata tiruan yang berjaya dirampas di IPD Sentul hari ini.

Polis rampas senjata tiruan RM318,520

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis merampas ribuan senjata tiruan bernilai RM318,520 berikutan penahanan lelaki warga asing sisyaki menjual senjata itu secara dalam talian semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, tangkapan dilakukan selepas pihaknya menahan kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu suspek dalam keadaan mencurigakan.

“Pemeriksaan ke atas kereta itu menemui 25 laras senjata rifle tiruan, dua pistol mainan tidak berjenama dan 480 butir peluru plastik di tempat duduk penumpang hadapan dan belakang.

“Suspek yang berusia 26 tahun gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri dan seterusnya ditahan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, di sini hari ini.

Susulan tangkaspan itu, polis melakukan dua serbuan di sebuah premis perniagaan dan rumah di Taman Fadason Jinjang dan Taman Megah, Kepong malam tadi yang dijadikan tempat penyimpanan senjata tiruan tersebut.

“Kita merampas 731 pucuk pistol tiruan pelbagai jenis, senapang tiruan (198) dan  rifle tiruan (1,149) bernilai RM318,520.

“Hasil siasatan mendapati suspek menjalankan perniagaan menjual senjata tiruan secara online pada harga RM50 hingga RM200 seunit,” ujarnya.

Tambahnya, suspek aktif menjual senjata tersebut pada Oktober tahun lalu dan membeli barangan mainan itu dari negara China.

“Suspek kini direman selama tiga hari bermula hari ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 36(1) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

POPULAR