fbpx
Pemain TFC, Pape Diakite (kiri) diasak keras oleh pemain JDT dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus malam ini.

Liga Super : TFC ditumbangkan JDT di laman sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS – Terengganu FC (TFC) diberi amaran awal menjelang perlawanan akhir Piala FA apabila tumpas 1-2 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini sebentar tadi.

Keputusan itu membolehkan JDT terus kekal di persada liga dengan mengumpul 38 mata manakala TFC yang tewas buat pertama kali di laman sendiri pula kekal di tempat kelima dengan 17 mata.

JDT sukar digugat setelah hantaran jauh Afiq Fazail disudahkan dengan sempurna oleh Bergson pada minit ke-31 untuk menjadikan kedudukan 1-0.

Skuad kendalian Hector Bidoglio itu ternyata kuat apabila Fernando Forestieri melepasi kawalan dua pertahanan TFC sebelum melepaskan rembatan deras untuk gol kedua JDT pada minit ke-47.

Pemain gantian, Mohd. Hakimi Abdullah menghidupkan perjuangan TFC pada minit ke-51 hasil sepakan percuma menarik menewaskan Farizal Marlias dan mengubah kedudukan 1-2. – KOSMO! ONLINE

POPULAR