fbpx

Lelaki tertinggal anak ketika curi motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario seorang lelaki meninggalkan anaknya di tepi jalan untuk mencuri motosikal. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang lelaki yang tertinggal anaknya ketika mencuri sebuah motosikal di tepi jalan, lapor laman berita Suara.com.

Video berkenaan dimuat naik di akaun Instagram @terang_media. Kejadian itu dikatakan berlaku di sebatang jalan di Pematang Siantar, Sumatera Utara.

Rakaman memaparkan seorang lelaki bersama anak perempuannya sedang berjalan di tepi sebatang jalan yang agak sesak.

Lelaki itu kemudian meluru ke arah sebuah motosikal yang ditinggalkan di tepi jalan lalu membawanya pergi. Dia bagaimanapun meninggalkan anak perempuannya tanpa disedari. 

Kanak-kanak itu kelihatan keliru melihat aksi bapanya lalu cuba menaiki motosikal namun, dia ditinggalkan begitu sahaja.

“Menurut keterangan kanak-kanak yang ditinggalkan, pelaku ialah bapanya dan rumah mereka terletak 200 meter dari lokasi kejadian,” demikian menurut keterangan video tersebut.

Seorang lelaki lain dilihat cuba mengejar pencuri yang melarikan motosikalnya, namun gagal. Budak malang yang ditinggalkan itu dibawa masuk ke dalam salah sebuah rumah penduduk dan disoal siasat.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Kasihan anaknya,” kata seorang netizen.

“Semoga anaknya tidak meniru bapanya menjadi pencuri,” komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI