fbpx

KPM arah semua sekolah periksa tangki air utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hang Soon (kanan) menandatangani plak sebagai simbolik Majlis Pecah Tanah Pembinaan Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim hari ini. - FOTO : MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID.

TANJUNG MALIM – Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan semua sekolah menjalankan pemeriksaan tangki air utama bagi mengelakkan insiden yang berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor, Kelantan, semalam, tidak berulang.

Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk Dr. Mah Hang Soon berkata, semua jurutera yang dilantik untuk menguruskan tangki air utama di setiap sekolah dalam negara ini juga perlu turun padang membantu pihak sekolah menjalankan pemeriksaan dalam kadar segera.

“Kita ambil berat insiden ini secara serius dan saya telah menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan di mana mereka telah menjalankan siasatan tindakan dan sudah memaklumkan kepada Bahagian Aset KPM berkenaan kos mengantikan tangki baharu.

“Pada waktu sama kita turut mengarahkan semua sekolah supaya memastikan penyelenggaraan seperti tangki air dan fasiliti lain yang mungkin membawa mudarat dipantau dan diselenggara dengan baik,” katanya kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Pecah Tanah Pembinaan Dewan Terbuka Sekolah Kebangsaan Tanjong Malim di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hang Soon berkata, KPM memandang serius insiden yang menyebabkan lima pelajar sekolah cedera ekoran pihak kementerian sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan pelajar ketika di sekolah.

Katanya, segala kemudahan sekolah perlu sentiasa dipantau dan diselenggara dengan baik agar kejadian yang tidak diingini berlaku hingga mengancam keselamatan pelajar-pelajar dan guru serta kakitangan lain di sekolah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI