fbpx

Planworth sedia dana RM500 juta bantu PMKS berkembang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA –  Planworth Global Factoring (Planworth), institusi kewangan bukan bank untuk pemfaktoran dan rantaian bekalan kewangan, telah memperuntukkan sebanyak RM500 juta untuk membawa penyelesaian kemudahan serta pembiayaan kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Ketua Pegawai Eksekutif Planworth Global Factoring, Dato Andy Kuek berkata, dana tersebut bertujuan untuk  memperkasa PMKS dan syarikat-syarikat pemula yang menjalankan urusan perniagaan ke perniagaan (B2B) dan perniagaan ke kerajaan (B2G) memperoleh akses kepada pembiayaan modal yang selamat serta mudah.

Menurut beliau, kira-kira 97.4 peratus  daripada keseluruhan perniagaan di Malaysia buat masa ini terdiri daripada PMKS dan ia juga merupakan penunjuk utama kepada tahap perkembangan ekonomi tempatan.

Sehubungan itu,  ramai pakar telah menyarankan pemberian sokongan kewangan yang lebih besar bagi mengukuhkan lagi usaha pemulihan PMKS dalam tempoh pasca pandemik  ini.

“Misi kami kini adalah untuk memperkasa PMKS tempatan agar mereka terus  berkembang dan menyumbang kepada ekonomi negara.

“Sehingga kini, kami telah menyalurkan lebih daripada RM1 bilion kepada PMKS tempatan dan kami bakal memperuntukkan lebih dana untuk membantu lebih banyak syarikat dengan keperluan dokumen yang ringkas, polisi yang mesra kredit, proses kelulusan yang pantas, serta penyaluran dana yang pantas tanpa perlu jaminan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Kuek menerangkan, melalui peruntukan  ini, Planworth akan memperluas lagi penyelesaian pembiayaan setempat mereka yang komprehensif bagi menyediakan surat sokongan, modal kerja dan pembiayaan pasca/pembiayaan invois bagi  memenuhi keperluan perkembangan PMKS pada setiap tahap serta untuk keperluan pembiayaan perniagaan jangka pendek hujung-ke-hujung. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI