fbpx

Mahkamah: Kadi direman 4 hari buat tuntutan perjalanan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pegawai kanan JAINJ direman empat hari kerana membuat tuntutan perjalanan palsu pada Oktober 2020.

JOHOR BAHRU – Seorang pegawai kanan Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) berpangkat Kadi Daerah ditahan reman selama empat hari kerana dipercayai telah mengemukakan satu tuntutan palsu pada tahun 2020.

Perintah reman terhadap orang yang disyaki itu dikeluarkan Majistret, R. Salini di sini, hari ini.

Menurut sumber, suspek yang berusia 51 tahun itu ditahan kerana telah mengemukakan tuntutan palsu kepada Bahagian Kewangan Pejabat Kadi Daerah berkenaan bagi bulan Oktober 2020 berkaitan tuntutan Elaun Perjalanan Dalam Negeri miliknya.

Tertuduh telah membuat tuntutan menaiki kenderaan persendirian sedangkan beliau menghadiri program anjuran Jabatan Agama Negeri Johor dengan menggunakan kenderaan jabatan.

Terdahulu, tertuduh tiba ke mahkamah Johor Bahru dengan berpakaian lokap sambil diiringi pengawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira pukul 8.30 pagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI