fbpx

Fabio Quartararo hadapi malang di Silverstone

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
QUARTARARO sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan kelapan pada GP British di Litar Silverstone kelmarin. – AFP

LONDON – Pelumba Yamaha, Fabio Quartararo nekad untuk bangkit pada lapan baki pusi­ngan perlumbaan musim ini bagi memastikan impiannya memburu gelaran dunia MotoGP kali kedua tertunai.

Pada perlumbaan di Grand Prix (GP) British kelmarin, pelumba kelahiran Perancis tersebut sekadar menamatkan saingan di kedudukan kelapan keseluruhan selepas bergelut dengan masalah tayar.

Lebih memeritkan, Quartararo yang memulakan saingan di barisan kedua berjaya berada di kelompok hadapan, namun dikenakan penalti ketika dia berpeluang cerah untuk muncul juara di Silverstone

Quartararo yang jatuh di posisi kelima kemudiannya berdepan masalah pada tayar belakang sekali gus menyukarkannya untuk memintas pelumba di hadapannya.

“Saya ingat penalti tersebut akan memberikan masalah besar kepada saya, tetapi tidak sebenarnya kerana saya masih berada di kedudukan kelima. Cuma, masalah tayar belakang menjadi faktor kegagalan aksi kali ini.

“Apabila saya berada di belakang pelumba lain, tayar belakang saya menjadi sangat panas kerana jentera lain berada sangat rapat. Disebabkan itu, prestasi tayar menurun dan jentera mula hilangan momentum.

“Kami membuat kesilapan kerana tidak cuba menggunakan tayar jenis keras dan dalam perlumbaan seperti ini, tayar tersebut lebih sesuai,” kata Quartararo.

Meskipun Francesco Bagnaia menjuarai saingan tersebut, Quartararo kekal mengemudi carta kedudukan pelumba dengan mengumpul 180 mata, manakala pelumba Aprilia, Aleix Espargaro di tangga kedua ­dengan 158 mata dan Bagnaia tempat ketiga ­keseluruhan dengan 131 mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI