fbpx
HAALAND (kanan) mula mempamerkan bisanya apabila meledak dua gol ketika menewaskan West Ham. – AFP

EPL: Erling Haaland mula pamer sentuhan berbisa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola memuji aksi ditampilkan penyerang baharu, Erling Haaland selepas meledak dua gol ketika menewaskan West Ham United 2-0 pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium London malam kelmarin.

Gol tersebut berjaya menutup mulut pengkritik selepas Haa­land teruk dikecam sebelum ini ketika tewas kepada Liverpool pada perlawanan Perisai Komuniti.

Guardiola menjelaskan, beliau gembira dengan sikap tenang ditunjukkan Haaland meskipun berdepan tekanan cukup tinggi selepas hadir ke kelab itu sebagai salah seorang penyerang terbaik dunia.

“Saya tahu dia berdepan ba­nyak kritikan sepanjang minggu ini gara-gara aksi di perlawanan Perisai Komuniti. Bagaimanapun, dia tetap tenang dan berlatih cukup keras bagi membuktikan kemampuannya.

“Saya juga gembira dengan sikap ditunjukkan Haaland ketika mahu mengambil sepakan pe­nalti, seolah-olah dia akan me­numbuk sesiapa sahaja yang merampas bola daripada ta­ngannya. Itu keyakinan yang saya mahu tengok,” katanya.

Penyudah ditampilkan pe­nyerang baharu The Citizens itu nyata melegakan Guardiola selepas mereka kehilangan khidmat Gabriel Jesus yang berhijrah ke Arsenal selain dianggap pengganti legenda kelab, Sergio Aguero.

“Dua gol yang dija­ringkannya hari ini (kelmarin) sangat penting untuk dia dan pasukan. Sekarang kami sudah ada senjata baharu yang boleh dipertaruhkan dalam setiap perlawanan musim ini,” ujar Guardiola. – AGENSI

POPULAR