fbpx

Datuk jutawan kahwini gadis 19 tahun bercerai selepas 2 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sondani dan Fia berkahwin pada 18 Mei lalu. - Instagram @underc0ver.id

JAKARTA – Sepasang pengantin di wilayah Jawa Barat yang pernah tular kerana mempunyai jarak perbezaan usia mencecah 46 tahun dilaporkan telah bercerai hanya dua bulan selepas mendirikan rumah tangga, lapor laman berita Kompas hari ini.

Sondani, 65, pada 18 Mei lalu berkahwin dengan seorang gadis, Fia Barlanti yang baru berusia 19 tahun.

Perkahwinan mereka menjadi tular bukan sekadar disebabkan oleh jarak usia, bahkan kerana Sondani menyerahkan mas kahwin berjumlah 500 juta rupiah  (RM150,045).

Bagaimanapun, menurut satu hantaran di laman Instagram, Sondani dan Fia dikatakan telah berpisah.

Perkara itu diberitahu oleh seorang individu yang mendakwa bahawa dia merupakan jiran pasangan tersebut.

“Perkahwinan mereka cuma bertahan selama dua bulan dan kini telah bercerai. Mereka merupakan jiran saya.

“Terlalu pantas (bercerai). Kasihan si datuk (Sondani) kerana dia sedang sakit,” kata individu tersebut.

Ketika berkahwin dengan Fia, Sondani dilaporkan memberikan mas kahwin berjumlah 500 juta rupiah (RM150,045), sebuah rumah, kereta dan membawa keluarga isterinya menunaikan umrah. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI