fbpx

Waris bimbang kubur Forest Heights makin mendap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar keadaan kubur yang mendap dan berlumpur di Tanah Perkuburan Islam Forest Height, Senawang.

SEREMBAN – Waris dan ahli ke­luarga melahirkan kekesalan apabila kawasan Tanah Perkuburan Islam Forest Heights, Senawang di sini mendap dan berlumpur sejak lima tahun lalu.

Sebuah video yang dikongsikan pemilik akaun TikTok @Fatinanasuhaa tular di media sosial semalam selepas dia melahirkan kekesalahan berhubung perkara itu yang masih tiada tindakan lanjut oleh pihak berkaitan.

Pemilik akaun TikTok berke­naan, Fatin Anasuha Haim, 29, berkata, arwah bapanya telah di­semadikan di tanah perkuburan tersebut pada 2011 dan keadaan tanah mendap serta berlumpur itu semakin teruk sejak 2016.

“Selepas 2016 tanah di per­kuburan menjadi lembik dan tidak berjaga langsung, ada selut tidak tahu nak buat macam mana, kalau nak berjalan perlu berhati-hati risau terjatuh.

“Banyak kubur di bahagian bawah (tanah perkuburan) juga telah ditenggelami air, sebelum ini saya telah memaklumkan perkara itu kepada pihak pe­ngurusan kubur tetapi tiada tindakan sebelum diadukan pula kepada pihak PBT tiga bulan lalu,” katanya ketika dihubungi semalam.

Fatin Anasuha berkata, dia buntu memandangkan pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Bandaraya Seremban (MBS) juga tidak memberi maklum balas dan perkara itu telah berlarutan selama lima tahun.

“Apabila video ini viral (tular), rupanya ramai waris turut menyuarakan perkara sa­ma kerana tidak dapat menziarah kubur keluarga mereka.

“Saya hanya dapat melihat dari jauh di kawasan jalan tar kerana bahaya untuk masuk ke tanah kubur itu kerana selut berlumpur dan boleh terjatuh,” katanya.

Jelas Fatin Anasuha, kawasan tanah perkuburan itu pernah tular pada September tahun lalu selepas didakwa dipenuhi cecair berwarna merah seperti darah mengalir di celah-celah kubur.

“Kawasan ini memang ada punca mata air yang mungkin menyebabkan ia lembap dan berlumpur.

Sebelum ini, ada waris yang cuba tambak sendiri de­ngan batu, namun keadaan masih tidak berubah,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI