fbpx

‘Millionaire’ pun belum tentu ada peluang – Amelia Henderson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMELIA HENDERSON

PETALING JAYA – Diusik dengan komen ‘nakal’ seorang pengguna TikTok yang menyatakan keinginan masuk meminang, pelakon jelita, Amelia Henderson ternyata punya cara tersendiri untuk mematahkan gurauan individu terbabit.

Amelia atau nama sebenarnya, Amelia Thripura Henderson berkata, sekali pun seseorang lelaki itu berstatus jutawan, bukan tentu dapat memenangi hatinya.

“Kalau millionaire (berstatus jutawan) sekali pun, tak semestinya ada peluang ya,” balasnya bersahaja dalam ruangan komen satu entri terbaharunya dalam TikTok.

Terdahulu, seorang pengguna TikTok menulis dalam ruangan komen yang menarik perhatian Amelia untuk turut melayangkan respons: “Kalau (aku) millionaire ni, aku dah masuk meminang dah ni.”

Amelia, 27, berkongsi sebuah video dalam laman sosial menampilkan aksi transisi penampilannya daripada sekadar memakai jubah mandi (bathrobe) kepada gaun sesuai digayakan ke kawasan pantai yang mendedahkan sebahagian besar bahagian belakang badannya.

Interaksi antara pelakon drama rantaian, Kisah Cinta Kita itu dengan individu berkenaan kemudian dimuat naik dalam Twitter.

Dalam Twitternya, Amelia ada memberi ungkapan: “Golongan wanita bukan objek untuk dijual.”

Penegasan yang disimpulkan Amelia turut mendapat sokongan daripada peminat yang rata-rata bersetuju dengan kenyataannya.

“Setuju, nilai dengan hati dan pandang dengan ikhlas, bukan nilai dengan wang.

“Betul. Kepada yang dah berjaya menawan hati Amelia, tolong jaga dia baik-baik,” demikian antara ciapan ditinggalkan pengguna Twitter.

Sebelum ini, hubungan cinta antara Amelia dengan Aedy Ashraf, 29, dikatakan sudah menemui titik noktah selepas aktor itu berkongsi ciapan seperti sudah patah hati dalam Twitter.

“Mungkin betul kata mereka, sesetengah orang hanya ditakdirkan untuk berada dalam hidup sebagai kenangan,” ciap Aedy sekali gus menimbulkan tanda tanya ramai berhubung status hubungan cintanya dengan Amelia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI