fbpx

Miliki visual cantik, Danielle macam puteri Disney

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DANIELLE

BELUM pun memulakan debut secara rasmi, tetapi kehadiran sebuah kumpulan wanita baharu dikenali sebagai New Jeans memancing respons luar biasa daripada peminat.

Dalam kelima-lima anggota kumpulan itu, visual salah seorang ahlinya iaitu Danielle paling mendapat perhatian.

Semuanya gara-gara penyanyi itu dikatakan tergolong dalam kalangan artis yang memiliki jenis wajah seperti watak puteri Disney.

Danielle merupakan kacukan Korea-Australia, maka tidak hairanlah andai genetik campuran Asia dan Barat menyempurnakan visual wajahnya.

Raut wajah sempurna penyanyi itu mendapat pujian kerana dilahirkan dengan muka yang sangat jelita.

Bentuk mukanya yang terletak elok seperti mata besar, saiz muka kecil, tulang hidung yang tinggi dan bibir yang mungil membuatkan peminat berasa ‘cemburu’ dengan kecantikan Danielle.

“Dia ‘real’ atau tidak? Danielle visual terbaik dalam kalangan generasi keempat artis K-pop mengikut standard saya,” komen seorang peminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI