fbpx

Kerjasama MBSA, SIC fokus hasilkan produk berinovasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zamani (dua dari kanan) bertukar dokumen dengan Wan Muhd.Hisham selepas majlis menandatangani memorandum perjanjian di Wisma MBSA baru-baru ini.

PETALING JAYA – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah memeterai perjanjian dengan Selangor Industrial Corporation Sdn. Bhd. (SIC) untuk memfokuskan dalam bidang pemasaran produk binaan baharu, pembangunan solusi bandar pintar dan mapan serta akses terbuka infra komunikasi.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Zamani Ahmad Mansor berkata, melalui kerjasama tersebut, SIC akan menjadikan MBSA sebagai platform memasarkan produk baharu di pasaran dan hasil jualannya yang telah dikomersialkan itu dapat menjana pendapatan kepada pihak berkuasa tempatan itu.

“Pendapatan tersebut akan dimasukkan ke dalam Tabung Amanah Inovasi MBSA dan tabung ini bertujuan untuk menggalakkan kakitangan kami melibatkan diri dengan lebih aktif dan kreatif dalam aktiviti inovasi,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani memorandum perjanjian antara dua entiti berkenaan yang diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif SIC, AR. Wan Muhd Hisham Wan Hawari di sini baru-baru ini.

Zamani menerangkan, pemeteraian tersebut merupakan kesinambungan daripada memorandum persefahaman yang telah dimeterai di antara MBSA dengan SIC pada bulan  Disember tahun lalu.

“Memorandum Perjanjian ini adalah untuk memperkasakan kerjasama di antara pihak MBSA dan pihak SIC di dalam bidang penyelidikan, pembangunan inovasi,  komersialisasi dan latihan yang berkaitan dengan pembangunan teknologi berteraskan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0),” katanya. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI