fbpx

Kerjasama Angkasa, Bangladesh perkasa gerakan koperasi, pengambilan pekerja asing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Fattah (dua kanan) menyampaikan cenderamata sebagai tanda penghargaan atas kunjungan delegasi Bangladesh, Alhaj Nasrul (dua kiri) di sini hari ini.

PETALING JAYA – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) meningkatkan kerjasama dua hala bersama Bangladesh melalui pemerkasaan gerakan koperasi dan kemasukan pekerja dari negara itu ke Malaysia.

Presiden Angkasa, Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata, koperasi mampu menjadi sebuah platform untuk merekrut pekerja-pekerja asing khususnya di dalam sektor pertanian dan perladangan.

Katanya, kerajaan juga telah bersetuju supaya koperasi yang terbabit dalam sektor berkenaan diberi kuota pekerja asing.

Menurutnya lagi, Angkasa bersedia untuk berkongsi ilmu dan kepakaran dengan gerakan koperasi di Bangladesh khususnya penubuhan koperasi sekolah dan koperasi kariah masjid di negara itu.

“Angkasa komited membantu mana-mana negara khususnya negara Islam yang mana terdapat potensi besar untuk membangunkan ekonomi dan meningkatkan taraf hidup komuniti.

“Majoriti penduduk di Bangladesh iaitu lebih 150 juta orang atau 91 peratus adalah beragama Islam, menjadikannya negara keempat di dunia memiliki populasi tertinggi bagi umat Islam,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bangladesh, Alhaj Nasrul Islam Babu berharap agar dapat berkerjasama dengan Angkasa dalam pelbagai bidang selain pembekalan dan pengambilan pekerja.

“Peranan dan sumbangan gerakan koperasi di Bangladesh masih lagi ditahap yang rendah. Justeru, penglibatan generasi muda di dalam koperasi adalah perkara yang perlu dititikberatkan ketika ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI