fbpx

Henti operasi tunda kereta di MAHA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kereta ditunda pada penganjuran MAHA 2022 di MAEPS, Serdang.

SERDANG – Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah mengarahkan pengurusan acara Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 menghentikan semua operasi tunda kereta di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) sepanjang penganjurannya berkuat kuasa serta-merta.

MAFI dalam kenyataannya memaklumkan, bagi petugas media, mulai hari ini mereka hanya perlu menunjukkan pas media kepada petugas atau pengawal pintu masuk MAEPS untuk ke parkir yang dikhaskan di belakang Dewan A, MAEPS.

“Bagi kenderaan awam pula perlu diletakkan di tempat yang disediakan bagi mengelakkan sebarang kesulitan kepada pengguna jalan raya dan menyebabkan kesesakan.

“Sebanyak 5,000 lot parkir kereta disediakan di Laman Tiba 1 dan 3,500 lot parkir di Laman Tiba 2 disediakan bagi kemudahan pengunjung,” katanya hari ini.

Kenyataan tersebut susulan operasi tunda kereta dan disaman RM100 tanpa notis, dilaporkan sebuah portal semalam.

Dalam pada itu, MAFI menjelaskan, operasi tunda kereta dibuat bagi memastikan aliran trafik dan lalu lintas berjalan lancar dan efisien.

Ia sekali gus membantu kelancaran sistem parkir di dalam MAEPS dan mengelakkan menjadi sesak ekoran terdapat kenderaan lain yang menghalang.

“Sehubungan itu, pengunjung dinasihatkan untuk meletakkan kenderaan di tempat disediakan bagi mengelakkan sebarang kesulitan kepada pengguna jalan raya dan menyebabkan kesesakan.

“Pihak MAFI akan sentiasa memastikan kemudahan, keselesaan dan keselamatan pengunjung dan petugas media diberi perhatian sepanjang penganjuran MAHA 2022,” katanya.

Ujarnya lagi, sejak hari pertama sehingga semalam, seramai 404,000 pengunjung direkodkan mengunjungi MAHA. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI