fbpx

Elon Musk nafi AS alami kemelesetan ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syarikat milik Musk, Tesla turut terkesan dengan kemerosotan ekonomi AS apabila terpaksa membuang pekerja dalam skala besar awal tahun ini. - Getty Images

WASHINGTON – Manusia paling kaya di dunia, Elon Musk menolak pendapat  bahawa Amerika Syarikat (AS)  akan ditimpa ‘kemelesetan ekonomi yang besar’, lapor laman berita RT kelmarin.

Beliau yang merupakan pengasas syarikat pengeluar kereta Tesla sebaliknya berkata,  AS tidak menuju ke arah itu, namun  kemerosotan ringan mungkin berlaku.

“Saya tidak fikir kita menuju ke arah kemelesetan yang besar. Ia boleh menjadi kemelesetan sederhana yang berlarutan selama beberapa tahun,” katanya.

Awal minggu ini pada mesyuarat pemegang saham Tesla 2022, beliau memberitahu, AS kini melepasi fasa  ‘kemuncak  inflasi’ dan berdepan sedikit kemelesetan yang mungkin berlarutan selama kira-kira 18 bulan.

Bagaimanapun, katanya, kemelesetan ekonomi global boleh berlaku. Ia bergantung kepada situasi geopolitik dan boleh dicetuskan oleh beberapa jenis peristiwa geopolitik utama termasuk  situasi antara China dan Taiwan.

“Perkara yang sukar untuk diramalkan adalah jika berlaku perang antara China dan Taiwan. Itu akan menghantar dunia ke dalam kemelesetan ekonomi,” ujarnya.

Sejak awal tahun ini, AS telah menyaksikan peningkatan inflasi secara pesat beserta  penurunan dalam kadar keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Pada suku pertama 2022, ekonomi AS menyusut sebanyak 1.6 peratus 0.9 peratus lagi pada suku kedua. 

Inflasi meningkat pada paras tertinggi  dalam tempoh 40 tahun kepada 9.1 peratus, Jun lepas. Situasi tersebut mendorong Rizab Persekutuan AS bertindak menaikkan kadar faedah.

Saham-saham AS juga mengalami kejatuhan mendadak dan memaksa syarikat gergasi seperti Tesla  mengumumkan pemberhentian kakitangan dalam skala besar.

Bagaimanapun, Biro Penyelidikan Ekonomi Kebangsaan masih belum membuat sebarang pengumuman mengenai AS memasuki fasa kemelesetan ekonomi. Agensi berkenaan bertanggungjawab mengisytiharkan apabila AS secara rasmi memasuki fasa kemelesetan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI