fbpx
GAMBAR HIASAN

Wanita ketagih seks buat laporan palsu kononnya dirogol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Tindakan seorang wanita membuat laporan palsu kononnya dia dirogol seorang pemandu van kilang membawa padah apabila ditahan polis kira-kira pukul 4 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, hasil siasatan mendapati wanita tempatan berusia 23 tahun itu membuat laporan palsu untuk mengelak daripada melakukan hubungan intim dengan lelaki berkenaan.

“Malam kelmarin, seorang wanita hadir ke Balai Polis Larkin membuat laporan mendakwa dia dirogol seorang pemandu van kilang berusia 21 tahun di kawasan gelap dekat Jalan Dewata, Larkin, pada 3 Ogos lalu.

“Ekoran itu, wanita berkenaan dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan serta ke lokasi kejadian yang didakwa berlaku insiden rogol sebelum turut menyiasat lelaki yang didakwa terlibat,”katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Raub berkata, hasil soal siasat ke atas lelaki berkenaan mendapati dia tidak mengaku bahawa dia merogol wanita tersebut sebaliknya memberitahu mereka melakukan hubungan itu atas dasar suka sama suka, tanpa sebarang paksaan.

Ujarnya, selepas didesak, akhirnya wanita itu mengaku laporan polis dibuat adalah palsu dan alasannya, lelaki itu mahu melakukan hubungan seks lagi, tetapi dia tidak mahu, jadi dia ambil keputusan membuat laporan polis mendakwa dirogol.

“Hasil pemeriksaan di hospital pula mendapati terdapat kesan lama akibat hubungan seks pada kemaluan wanita, siasatan awal juga mendapati wanita itu mengaku selalu melakukan hubungan seks dengan beberapa orang lelaki lain,” ujarnya.

Tambah Raub, siasatan awal pihaknya mendapati tiada unsur kejadian rogol memandangkan wanita itu berusia lebih 16 tahun selain tiada insiden paksaan atau tanpa kerelaan yang dikesan.-KOSMO! ONLINE

POPULAR