fbpx
Gambar hiasan

Sendiri ceburi ekonomi gig, tak perlu buat mogok protes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Tidak dinafikan ramai golongan muda lebih berminat untuk terlibat dalam ekonomi gig disebabkan masa yang fleksibel, kebebasan daripada majikan serta kawalan terhadap jadual dan beban kerja.

Bagaimanapun, pekerjaan berasaskan kontrak jangka pendek ini mempunyai pelbagai risiko yang bakal berlaku secara tiba-tiba, namun masih akan mendapat permintaan tinggi oleh orang ramai.

Seperti perkongsian pengguna Facebook, Hafiz Azman, dia memaklumkan tugas sebagai seorang ‘rider’ adalah perlu dilakukan secara sambilan dan jangan meletakkan sebagai keutamaan dalam kehidupan.

Katanya, sekiranya berlaku sebarang kemungkinan yang tidak dijangka seperti isu elaun dibangkitkan oleh golongan penghantar makanan terhadap sebuah syarikat pengurusan, ia tidak akan memberi apa-apa kesan terhadap syarikat berkenaan.

“Jarang syarikat tutup, terkesan apabila pekerja mogok, perniagaan akan berjalan seperti biasa.

“Kalau dah tak suka dengan tempat kita kerja, berhenti dan buat kerja lain, kita bukan pokok,” tulisnya pada satu hantaran semalam.

Tambah Hafiz, tidak ada mana-mana pihak yang akan memaksa seseorang itu untuk terlibat dalam sebagai penghantar makanan kerana ia adalah pilihan sendiri.

“Pekerjaan dalam ekonomi gig ini (kemahiran rendah) seperti penghantar makanan, e-hailing sesuai untuk masa pendek, sambilan dan mudah diganti bila-bila masa.

“Kalau nak main (kerja) dalam bidang ini dalam tempoh lama, pastikan terlibat dalam sektor gig yang mempunyai kemahiran tinggi,” pesannya.

Jelasnya, ia baru akan memberi pulangan yang sepadan dan ‘mewah’. – KOSMO! ONLINE

POPULAR