fbpx

Saya bukan sengaja buka aurat – Uyaina Arshad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UYAINA ARSHAD

PETALING JAYA – Selebriti popular Uyaina Arshad terkilan apabila sering didakwa sebagai sengaja mendedahkan aurat dengan menayangkan ‘baby bump’ dalam media sosial.

Uyaina berkata, dia langsung tidak pernah berniat untuk membuka aurat sebaliknya memang tidak mampu menutup kehamilan yang kini sarat menginjak usia lapan bulan.

“Isu jangan tunjuk ‘baby bump’ banyak kali saya kena, tapi masalahnya kalau kehamilan dah masuk bulan kelapan dan ke atas bagaimana nak sorok.

“Saya bukan sengaja nak tayang bentuk kehamilan dalam media sosial. Saya tak pakai baju ketat, malah saya tutup dengan kain tudung. 

“Tak tahu bagaimana lagi saya nak puaskan hati orang yang mengatakan tunjuk ‘baby bump’ ini adalah aurat sedangkan saya menutup dengan pakaian dan bukan sengaja nak menunjuk bentuk kehamilan ini,” katanya.

Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad juga tidak memahami mengapa ada segelintir wanita yang kurang senang dengan kebahagiaan wanita lain. 

“Saya juga tak faham kenapa wujud segelintir wanita yang kurang senang dengan wanita lain. Banyak hal yang sengaja dibangkitkan seolah-olah semuanya tidak sempurna di mata mereka. 

“Di sini, saya ingin jelaskan media sosial adalah sebahagian daripada kerja saya sebagai anak seni. Muat naik gambar atau video adalah tugas saya. Jadi kalau ternampak ‘baby bump’ itu adalah sesuatu yang bukan disengajakan,” ujarnya.

Terdahulu Uyaina tampil membidas komen seorang pengguna Instagram yang mengatakan ‘baby bump’ yang kelihatan pada video yang dimuat naiknya adalah sebahagian daripada aurat dan tidak boleh didedahkan selain memohon Allah mengampunkan dosanya. 

“Dalam Islam, ‘baby bump’ itu aurat. Tidak boleh didedah. Moga Allah ampunkan dosa beliau (Uyaina) dan kita semua,” tulis individu berkenaan.

Pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu berkongsi berita gembira dan mengesahkan kehamilannya pada Ramadan lalu.

Sepanjang kehamilan, bekas pengacara program Wanita Hari Ini itu pernah menjalani pembedahan membuang apendiks pada April lalu.

Selang beberapa hari selepas membuang apendiks, isteri penyanyi Raja Syahiran itu sekali lagi apabila mengalami keradangan pada dinding rahim sehingga terpaksa menjalani satu pembedahan.

Pasangan itu bernikah di Colony Star Boulevard di ibu negara pada 20 Disember lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI