fbpx
Nanaia Cybelle Mahuta

Menteri Luar New Zealand kongsi polisi luar negara kecil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Jadual lawatan kerja rasmi Menteri Luar New Zealand, Nanaia Cybelle Mahuta selama tiga hari dipenuhi dengan pelbagai acara padat sepanjang beliau berada di negara ini.

Menurut kenyataan Wisma Putra, ini adalah julung kali tokoh berkenaan datang ke Malaysia sejak dilantik sebagai menteri luar yang pertama dari kalangan wanita negara itu pada 6 November 2020 lalu.

“Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah akan menerima kunjungan beliau yang diiringi para pegawai kanan dari Kementerian Hal Ehwal Luar dan Perdagangan New Zealand,” katanya menerusi satu kenyataan semalam.

Mahuta amat terkenal kerana menjadi anggota Parlimen yang pertama di New Zealand tampil mencacah tatu unik tradisi lambang tertinggi etnik pribumi Maori iaitu ‘moko kauae’ di wajahnya.

Mengulas lanjut, Wisma Putra menambah, Saifuddin dan Mahuta dijadualkan bertukar-tukar pandangan meliputi pelbagai isu dua hala, serantau dan sejagat yang berkepentingan bersama.

“Antara topik utama perbincangan mereka termasuk mengenal pasti mekanisme yang bersesuaian bagi mengukuhkan hubungan antara Putrajaya dan Wellington,” jelas kenyataan tersebut.-KOSMO! ONLINE

POPULAR