fbpx

Mahkamah: Lelaki mengaku salah tetak pengawal keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Subramaniam mengaku bersalah mendatangkan kecederaan parah terhadap pengawal keselamatan di tapak projek di Bukit Banyan, Sungai Petani pada 4 Ogos lalu.

SUNGAI PETANI – Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menetak seorang pengawal keselamatan dengan menggunakan pedang sehingga cedera parah dalam kejadian di sini pada 4 Ogos lalu.

Tertuduh, R. Subramaniam, 41, yang melakukan kerja-kerja kampung membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid.

Mengikut kertas pertuduhan, Subramaniam didapati dengan niat menyebabkan cedera parah terhadap Ismail Ahmad, 58, dengan menggunakan sebilah pedang di kawasan pos pengawal
tapak projek perumahan Siera 4, Bukit Banyan di sini pada pukul 4.40 petang, 4 Ogos lalu.

Pertuduhan terhadapnya dilakukan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan denda atau sebat.

Tertuduh dibenarkan diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin selain mengenakan syarat tambahan iaitu melaporkan diri setiap awal bulan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda sehingga kes selesai. Dia tidak membayar jamin ditetapkan itu.

Mahkamah kemudian menetapkan 29 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk menjatuhkan hukuman sementara menunggu laporan perubatan penuh mangsa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI