fbpx

Lelaki Texas serang keluarga Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GOMEZ mendakwa keluarga itu sebagai warganegara China yang bertanggungjawab terhadap penularan Covid-19. - Scott Olson

WASHINGTON – Seorang lelaki di Texas dijatuhi hukuman penjara 25 tahun kerana menyerang sebuah keluarga dari Asia dan menuduh mereka yang berasal dari China, sebagai bertanggungjawab terhadap penularan pandemik Covid-19, lapor saluran berita NBC News kelmarin. 

Jose Gomez III, 21, dari Midland, Texas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan melakukan jenayah kebencian pada Februari lalu apabila menyerang seorang pelanggan, anaknya yang berusia enam tahun dan pekerja premis Sam’s Club pada 14 Mac 2020.

Ketika kejadian, Gomez mengekori sebuah keluarga Asia dan memasuki pasar raya Sam’s Club selama beberapa minit. 

Dia mendakwa keluarga itu menimbulkan ancaman kerana berasal dari negara pencetus Covid-19, kata Jabatan Kehakiman dalam satu kenyataan.

Gomez kemudian menemui sebilah pisau stik di dalam pasar raya Sam’s Club. Dia menghunus senjata itu dan menghampiri mereka. Gomez menumbuk dan mencederakan wajah ketua keluarga itu, kata pendakwa raya.

“Gomez kemudian menemui sebilah pisau 20 sentimeter (sm) lain di dalam stor. Dia kemudian menghampiri dua anak kecil yang duduk di dalam bakul depan sebuah troli beli-belah,” tambahnya.

Dia mencederakan muka seorang kanak-kanak berusia enam tahun. Pisau itu turut mengenai mata kanan mangsa, telinga kanan dan belakang kepalanya, demikian menurut pendakwa raya.

Gomez turut menikam pekerja Sam’s Club berkulit putih yang cuba campur tangan untuk menghalangnya. Ketika dia direbahkan dan  ditahan di lantai, Gomez menjerit ‘Keluar dari Amerika!’ kepada keluarga itu. 

Dalam pembicaraannya, Gomez mengaku bahawa dia cuba membunuh kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu, kata pendakwa raya.

Gomez masih menghadapi pertuduhan yang belum selesai termasuk tiga pertuduhan cuba  membunuh dan satu pertuduhan melakukan serangan, lapor saluran televisyen KWES-TV dari Odessa, Texas. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI