fbpx

Impian besar bakal pacu Newcastle United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POPE dibawa masuk oleh Newcastle musim ini untuk memastikan gawang mereka tidak mudah dibocori dalam usaha mencari penamat terbaik. – TWITTER NEWCASTLE

NEWCASTLE United membuat persiapan terbaik musim ini selepas meletakkan sasaran lebih tinggi berbanding musim lalu selain optimis mampu melayakkan diri ke kancah saingan Eropah musim berikutnya.

Skuad The Magpies memperagakan aksi cukup positif mereka pada perlawanan pramusim mereka apabila mencatat kemenangan ke atas Atalanta dan Athletic Bilbao pada hujung minggu lalu.

Justeru, pengurus pasukan itu, Eddie Howe berharap skuadnya mampu memperagakan aksi kon­sisten bagi memastikan The Magpies mampu mengutip mata sepanjang perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) terutama di St. James Park.

Kehadiran kelibat penjaga gol baharu mereka iaitu Nick Pope dan pertahanan antarbangsa dari Belanda, Sven Botman mampu­ memastikan benteng pertahanan Newcastle lebih ampuh.

Pada musim lalu, Newcastle hampir terjerumus ke Liga Kejuaraan selepas berada dalam zon penyingkiran, namun pasukan tersebut bangkit mencari kemenangan sekali gus berada di tangga ke-11 keseluruhan.

Selepas mendapat dana besar menerusi pemilikan Dana Pelaburan Awam Arab Saudi, tidak mustahil mereka mampu menjadi destinasi baharu bintang berprofil tinggi selepas ini, namun dengan syarat perlu mencari penamat terbaik musim ini dan membuktikan kemampuan untuk mencabar kejuaraan.

Para pembaca yang berminat menyertai Liga Fantasi Kosmo! 2022/2023 boleh mendaftar de­ngan melayari pautan ini – https://www.kosmo.com.my/liga-fantasi/

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI